Pada 4 Jun 2024, UPM Serdang, latihan pengendalian laman web dan media sosial di Bilik Latihan Exa (Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi, iDEC) telah berlangsung dengan jayanya. Ahli Jawatankuasa Laman Web I-AQUAS telah mengambil bahagian dalam latihan ini. Puan Zurayawati Sulaiman, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Seksyen Integrasi Manusia Komputer dan Encik Mohd Shafree Ahmad, Ketua Bahagian Komunikasi dan Multimedia, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM telah dijemput untuk memberi latihan dan tunjuk ajar kepada kakitangan terlibat.
Latihan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan Kemahiran dalam pengendalian laman web dan media sosial pusat tanggungjawab. Di samping itu, latihan turut bertujuan memastikan Kemahiran teknikal dalam pengendalian sistem Spel yang digunakan untuk menguruskan laman web PTJ.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyumbang kepada kejayaan latihan ini. I-AQUAS akan terus memperkukuhkan kompetensi dalam pengendalian laman web dan media sosial bagi memastikan penyampaian maklumat yang berkualiti dan selamat.

Tarikh Input: 21/06/2024 | Kemaskini: 24/06/2024 | m_fakhrulddin
