Pada 28 Jun 2024, I-AQUAS telah menerima dua orang pelajar antarabangsa dari India di bawah Program Mobiliti UPM. Program ini ditawarkan untuk memenuhi keperluan pelajar antarabangsa yang ingin menghabiskan satu semester atau satu tahun pengajian di Malaysia. Pelajar-pelajar tersebut, Daiba Bani Baruah (23 tahun) dan Sanayaima Singha (28 tahun), telah ditempatkan di I-AQUAS untuk mendapatkan pendedahan dalam bidang akuakultur. Keduanya merupakan pelajar dari Fakulti Sains Perikanan, Assam Agricultural University, India, dan telah menjalani pendedahan kepada akuakultur di I-AQUAS selama dua minggu. Melalui penglibatan dalam program mobiliti ini, para pelajar akan memperoleh pengetahuan baru, memahami budaya tempatan, mengembangkan kematangan, dan menjalin hubungan dengan rakan-rakan baru.

Tarikh Input: 28/06/2024 | Kemaskini: 28/06/2024 | m_fakhrulddin
