Lawatan EHM Global Sdn Bhd Ke I-AQUAS | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » Lawatan EHM Global Sdn Bhd ke I-AQUAS

Lawatan EHM Global Sdn Bhd ke I-AQUAS

PORT DICKSON: EHM Global Sdn. Bhd. telah membuat lawatan ke I-AQUAS pada 1 April 2021. En. Mohd Johari Ismail (Pengurus Besar Operasi EHM Global Sdn. Bhd.) bersama staf beliau telah disambut baik oleh Prof. Dr. Ahmad Zaharin Aris (Pengarah I-AQUAS), Prof. Madya Dr. Murni Marlina Abd Karim (Ketua Laboratori Akuakultur Mampan), dan Dr. Clement De Cruz (Ketua Unit Latihan dan Perkhidmatan Komuniti/ Industri). Tujuan utama lawatan ini adalah untuk membincangkan berkenaan dengan “Projek Northern Crab Valley” dan potensi aktiviti kerjasama yang boleh dijalankan di antara EHM Global Sdn. Bhd. dan I-AQUAS.  Pihak pengurusan I-AQUAS juga membawa mereka melawat kawasan I-AQUAS termasuk hatceri untuk medapatkan lebih informasi berkaitan dengan penyelidikan dan perkhidmatan yang sedia ada di I-AQUAS.

 

Susulan lawatan tersebut, EHM Global Sdn. Bhd. bersama I-AQUAS sekali lagi telah membuat perbincangan lebih lanjut untuk kali kedua. Perbincangan tersebut telah diadakan secara maya mengunakan platform zoom pada 4 Jun 2021. Objektif perbincangan kali ini adalah untuk mendapatkan pandangan I-AQUAS berkenaan dengan pembinaan ternakan ketam renjung di kawasan Lukut, Negeri Sembilan. Antara perkara yang menjadi kunci perbincangan adalah: 1) untuk memajukan industri ketam renjung; 2) perkhidmatan konsultansi I-AQUAS dalam projek ketam renjung; 3) pemeliharaan penternakan ketam renjung yang berkesan; dan 4) geran penyelidikan.

 

Misi EHM Global Sdn. Bhd. adalah untuk memulihara, mengekalkan dan mewujudkan industri pembiakan ketam renjung di Malaysia. Visi mereka adalah untuk memajukan industri ini dan menjadikan ianya sebagai sektor perniagaan yang kompetitif untuk memenuhi keperluan domestik dan luar negara dan meliputi aspek pendidikan, penyelidikan, dan perusahaan.

 

Kedua pihak telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan selanjutnya bagi memperhalusi hala tujuan aktiviti penyelidikan yang bakal dijalankan bersama.

 

Tarikh Input: 29/09/2021 | Kemaskini: 29/09/2021 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXETQAD~