Lawatan Teknikal Oleh Jabatan Perikanan Negeri Pahang | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » Lawatan Teknikal oleh Jabatan Perikanan Negeri Pahang

Lawatan Teknikal oleh Jabatan Perikanan Negeri Pahang

14 Dis 2022: Lawatan teknikal dan perbincangan pasukan DOF Pahang dengan pihak penyelidik/pensyarah Institut Antarabangsa Akuakultur & Sains Akuatik (I-AQUAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) di Port Dickson. Lawatan teknikal ini dihadiri oleh En. Abdullah bin Jaafar, Pengarah Perikanan Negeri Pahang; Ketua Pusat Biosekuriti Perikanan Kuantan, Ketua Pusat Pengembangan Akuakultur Bukit Tinggi, Ketua Cawangan Biosekuriti Perikanan, para pegawai DOF Pahang, usahawan Pahang Dato’ Mohd Azmi bin Mohd Amin dan En. Muhamad Shukri bin Shafie daripada Serandu Aquaponics System Sdn. Bhd. (SAS). Pihak I-AQUAS dihadiri oleh Prof. Dr. Ahmad Zaharin (Pengarah), Prof. Dr. Abdul Aziz Arshad, Prof Madya Dr. Murni Karim, Prof Madya Dr. Ahmad Fikri dan para pegawai I-AQUAS.

 
Lawatan ke hatceri kajian penyelidikan dan pengeluaran: penternakan pelbagai makanan hidup/algae, Ketam Renjong, Udang Galah, Latut (Sea Grapes) dll. Perbincangan lanjut ialah persetujuan kerjasama dalam akuakultur perikanan darat/sungai:
 
• membantu penyelidikan bagi memperoleh, membiak baka bagi mengeluarkan benih spesies ikan bernilai tinggi ikan Patin Buah (Pangasius nasutus);
• membantu penyelidikan dalam pengesanan pola kitaran hidup, habitat dll bagi ikan Patin Buah di Sungai Pahang;
• membantu penternak/usahawan dalam penternakan ikan, latut (sea grapes) & udang putih;
• membantu meningkatkan penggunaan IOT dalam sistem ternakan super intensif;
• membantu penyelidikan pemakanan ikan (seperti daripada sumber sawit dll.)
• perkongsian maklumat.
 
Selain itu, pihak usahawan SAS dan I-AQUAS bersetuju menerima/mengadakan lawatan ke hatceri dan ladang kolam ternakan super intensif ‘HDPE plastic lining’ Udang Putih di Pekan dan Kuantan. Begitu juga persetujuan awal dicapai bagi membangunkan MOU untuk memulakan kerjasama percubaan menternak Ketam Renjong, meningkatkan penternakan Latut dan penggunaan IOT.
 
Bagi ternakan Udang Putih (Penaeus vannamei), DOF Pahang berasa sangat yakin bahawa sistem ternakan oleh Serandu Aquaponics System Sdn Bhd. (SAS) merangkumi rantaian pengeluaran/asuhan benih - hatceri, nurseri, kolam ternakan super intensif ‘HDPE plastic lining’ di Pekan dan Kuantan bakal menjadi model yang akan dikembangkan kepada usaha penternakan di tempat-tempat lain termasuk di luar Negeri Pahang, selaras Dasar Sekuriti Makanan.
 
 

Tarikh Input: 25/12/2022 | Kemaskini: 25/12/2022 | illisriyani

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEaWAk~