LRGS (Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang) Peningkatan Stok, Penghasilan Dan Pengkulturan Patin Buah Liar (Pangasius Nasutus) Untuk Peningkatan Kehidupan Nelayan Dan Industri Akuakultur Di Malaysia | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » LRGS (Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang) Peningkatan Stok, Penghasilan dan Pengkulturan Patin Buah Liar (Pangasius nasutus) untuk Peningkatan Kehidupan Nelayan dan Industri Akuakultur di Malaysia

LRGS (Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang) Peningkatan Stok, Penghasilan dan Pengkulturan Patin Buah Liar (Pangasius nasutus) untuk Peningkatan Kehidupan Nelayan dan Industri Akuakultur di Malaysia

Penyelidikan ini berpusat di Universiti Putra Malaysia dan diterajui oleh Prof. Dr. Aziz Arshad sebagai ketua program. Ia juga melibatkan kerjasama di antara dua universiti tempatan utama iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Penyelidikan ini adalah dibawah pembiayaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) bermula dari tahun 2019 hingga 2022. Objektif utama adalah untuk mengkaji pelbagai aspek pengkulturan Pangasius nasutus (Patin Buah). Terdapat lima sub-projek di bawah geran ini; masing-masing mempunyai objektif yang berbeza.

 Patin Buah, Pangasius nasutus

Projek 1: Pembiakan selektif untuk pengeluaran benih yang berkualiti tinggi dan pembangunan teknik pengkulturan larva dan juvenil Pangasius nasutus

Projek 2: Pengurusan makanan dan kesihatan Pangasius nasutus melalui pendekatan immunoprofilaktik dan probiotik

Projek 3: Pengesanan tapak pembenihan dan penjagaan serta pemodelan ekologi Pangasius nasutus atas tujuan pemuliharaan dan pengurusan

Projek 4: Menyemai dan memantau populasi Pangasius nasutus untuk meningkatkan stok semula jadi dan kapasiti pembiakan

Projek 5: Penilaian ekonomi, kerentanan dan kehidupan mapan nelayan Patin Buah (P. nasutus)

 

Ketua Penyelidik Sub-projek:

  1. Prof. Dr. Aziz bin Arshad (Biologi Perikanan) - Program utama dan Ketua Sub-projek 4, UPM
  2. Prof. Prof. Dr. Yuzine bin Esa (Pembiakan genetik dan ikan) - Ketua Projek Sub-projek 1, UPM
  3. Prof. Dr. Abol Munafi Bin Ambok Bolong (Bioteknologi Pemakanan) - Ketua Sub-projek 2, UMT
  4. Prof. Prof. Dr. S. Nurul Amin ( Biologi ikan) - Ketua Sub-projek 3, UPM
  5. Dr. Rospidah Ghazali (Pembangunan ekonomi) - Ketua Sub-projek 5, UKM

 

 

 

Tarikh Input: 14/01/2021 | Kemaskini: 14/01/2021 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEYVAu~