Mei, Agrobank Centre Of Excellence (ACE) Telah Mengadakan Lawatan Dan Taklimat Ke I-AQUAS, UPM | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » Mei, Agrobank Centre of Excellence (ACE) telah mengadakan Lawatan dan Taklimat ke I-AQUAS, UPM

Mei, Agrobank Centre of Excellence (ACE) telah mengadakan Lawatan dan Taklimat ke I-AQUAS, UPM

Diolah oleh Mohd Fakhrulddin Ismail

29 April, 2024, I-AQUAS, Port Dickson, Agrobank melalui Agrobank Centre of Excellence (ACE), telah menganjurkan Taklimat dan Lawatan ke I-AQUAS-UPM di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 29 April 2024 selaras dengan Program Inkubator Aquapreneur Pembenihan Udang Galah.

Program berstruktur ini merupakan kerjasama strategik antara Agrobank, I-AQUAS-UPM dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang akan menyediakan latihan menyeluruh dari aspek teknikaliti pembenihan, transformasi minda keusahawanan, pengurusan kewangan dan pemasaran digital kepada peserta yang telah berjaya melepasi sesi temuduga. Turut hadir adalah Ketua Jabatan AgroBank Centre of Excellent (ACE), Rosli Jusoh dan Pengarah Jabatan Zakat MAINS, Mahadi Ali. Agrobank berharap agar program ini berjalan dengan lancar dan seterusnya melahirkan usahawan Aquapreneur yang lebih mampan di masa hadapan.

 

Tarikh Input: 05/05/2024 | Kemaskini: 18/05/2024 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
W, (06:47:11pm-06:52:11pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]