22 November 2024 - Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) telah menerima lawatan daripada IKEDA TOHKA Industries Co. Ltd. dari Jepun yang dihadiri oleh lima orang wakil syarikat. Wakil-wakil tersebut telah bertemu dengan wakil pengurusan I-AQUAS, Dr. Clement Roy de Cruz, serta pegawai penyelidik lain.
Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan pengurusan bahan buangan daripada penternakan udang dan bagaimana ia boleh diolah menjadi produk yang berguna. Perbincangan ini dijangka akan membuka peluang kerjasama yang bermanfaat antara kedua-dua pihak dalam bidang pengurusan sisa dan inovasi produk.

Tarikh Input: 05/11/2024 | Kemaskini: 02/12/2024 | m_fakhrulddin
