Nov, Lawatan Universitas Airlangga, Indonesia | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK i-aquas
» BERITA » Nov, Lawatan Universitas Airlangga, Indonesia

Nov, Lawatan Universitas Airlangga, Indonesia

Disediakan oleh Mohd Fakhrulddin Ismail

 

27 Nov 2024 - Universiti Putra Malaysia, Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) telah menerima lawatan daripada Universitas Airlangga (UNAIR), Indonesia. Lawatan ini disertai oleh Prof. Dr. Gunanti Mahasri dan Prof. Madya Dr. Kismi M. Kurdi. Mereka hadir untuk berbincang dengan pihak pengurusan I-AQUAS mengenai peluang kerjasama dalam pelbagai aspek, termasuk mobiliti kakitangan dan pelajar, kolaborasi penyelidikan, dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Perbincangan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan akademik dan penyelidikan antara kedua-dua institusi, dengan harapan dapat mewujudkan platform yang lebih kukuh untuk pertukaran ilmu dan pembangunan bersama dalam bidang akuakultur dan sains akuatik. Kerjasama ini juga dijangka akan membuka peluang-peluang baru yang menguntungkan kedua-dua pihak dalam jangka masa panjang.

Tarikh Input: 05/11/2024 | Kemaskini: 28/11/2024 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
X, (05:23:18pm-05:28:18pm, 16 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]