PELANTIKAN CEO@PTJ DI I-AQUAS, 2021-2023 | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » PELANTIKAN CEO@PTJ DI I-AQUAS, 2021-2023

PELANTIKAN CEO@PTJ DI I-AQUAS, 2021-2023

PORT DICKSON, 14 November 2021 (I-AQUAS):  Majlis Pelantikan CEO@PTJ di I-AQUAS telah berlangsung dengan jayanya apabila majlis yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Ahmad Zaharin Aris, Pengarah I-AQUAS, membuat penyerahan surat lantikan CEO@PTJ kepada YBrs. En. Mohamad Taufik Mahamad Zakaria, Ketua Pegawai Strategi, Agrobank dimana tempoh pelantikan adalah bermula 1 November 2021 sehingga 30 Oktober 2023 (dua tahun).

 

Majlis dimulakan dengan kata aluan dari Pengarah I-AQUAS dan seterusnya pembentangan mengenai hala tuju I-AQUAS dalam industri akuakultur khususnya dalam bidang penyelidikan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyerahan surat lantikan rasmi oleh Pengarah I-AQUAS kepada YBrs. En. Mohamad Taufik Mahamad Zakaria. Acara simbolik majlis ini apabila beliau membuat pelepasan benih ketam dari bot I-AQUAS di tengah laut dengan diiringi dua orang Pegawai Eksekutif Agrobank, Pengarah I-AQUAS, Ketua-ketua Lab dan Ketua Unit di I-AQUAS.

 

Kami di I-AQUAS mengucapkan “TAHNIAH & SELAMAT DATANG KE I-AQUAS” dan berharap dengan adanya jalinan ini, ianya menjadi penyuntik semangat kerjasama antara I-AQUAS dan industri.

 

Tarikh Input: 15/12/2021 | Kemaskini: 23/12/2021 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEUIAe~