PROGRAM PELEPASAN BENIH KETAM RENJUNG SEMPENA PERJUMPAAN BERSAMA KOMUNITI NELAYAN TELOK KEMANG PORT DICKSON | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » PROGRAM PELEPASAN BENIH KETAM RENJUNG SEMPENA PERJUMPAAN BERSAMA KOMUNITI NELAYAN TELOK KEMANG PORT DICKSON

PROGRAM PELEPASAN BENIH KETAM RENJUNG SEMPENA PERJUMPAAN BERSAMA KOMUNITI NELAYAN TELOK KEMANG PORT DICKSON

PROGRAM PELEPASAN BENIH KETAM RENJUNG SEMPENA PERJUMPAAN BERSAMA KOMUNITI NELAYAN TELOK KEMANG PORT DICKSON

 

 

Jumaat, 13 Mac 2020

 

Oleh : Prof. Dr. Aziz Arshad, Ahmad Anuar dan Norain

 

Pengkalan Nelayan, Port Dickson : Program Pelepasan Benih Ketam Renjung Sempena Perjumpaan Bersama Komuniti Nelayan Telok Kemang Port Dickson merupakan satu program komuniti yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Perikanan Negeri Sembilan dengan kerjasama Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) UPM, Port Dickson.  Program tersebut telah diadakan pada 13 Mac 2020, pada jam 3.00 petang di Pengkalan Nelayan, Batu 7, Telok Kemang, Port Dickson.  Program pembenihan ketam renjung untuk tujuan perlepasan umum ini telah berjalan hampir setahun dengan geran pembenihan dibiayai oleh pihak Jabatan Perikanan Malaysia.

 

Antara tujuan utama program seumpama ini dijalankan ialah aktiviti pelepasan benih ketam ketam renjung (Portunus pelagicus) bagi memperkayakan semula stok semulajadi populasi ketam renjung di perairan pantai Port Dickson. Adalah diharapkan yang program perlepasan benih ini akan membuahkan hasil dari segi peningkatan tangkapan ketam renjung oleh para nelayan Teluk Kemang di masa hadapan.  Sebanyak 35,000 benih ketam renjung yang dihasilkan di hatceri I-AQUAS telah dilepaskan ketika program berlangsung.  Di masa yang sama program Jabatan Perikanan Malaysia ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan penentuan cadangan kawasan penempatan tukun tiruan bagi tahun 2020.  Program ini telah disertai seramai 20 orang di kalangan staf kedua-dua agensi kerajaan dan komuniti nelayan setempat yang terlibat. Semoga aktiviti seumpana ini dapat memberikan kesan yang positif kepada para nelayan.

 

 PELEPASAN BENIH KETAM RENJUNG BERSAMA DOF DAN NELAYAN

ANAK KETAM YANG DILEPASKAN

 

 

 

Tarikh Input: 20/03/2020 | Kemaskini: 11/04/2020 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEZWAu~