SEMINAR PEMBENIHAN KETAM DI I-AQUAS | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » SEMINAR PEMBENIHAN KETAM DI I-AQUAS

SEMINAR PEMBENIHAN KETAM DI I-AQUAS

Oleh: Nurul Nadiah Masrialah

PORT DICKSON, 25 Mac - Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan sebuah seminar ‘I-AQUAS PRESENTATION RESEARCH SET UP 2021’. Seminar ini telah berlangsung di Bilik Seminar Hatcheri A, I-AQUAS, dengan kehadiran 10 orang peserta dan dikendalikan oleh Prof. Dr. Aziz bin Arshad.

Seminar ini bertujuan untuk memberi penerangan ringkas tentang penyelidikan benih ketam yang dijalankan di I-AQUAS bagi membantu membangunkan industri ketam di Malaysia. Menurut Prof. Dr. Aziz bin Arshad, bekalan benih ketam di Malaysia semakin merosot. Antara peserta seminar ini adalah Encik Mokhalis yang berminat untuk memulakan pengusahaan ketam dan En. Krishnan (Jakel) yang sedang mengusahakan perusahaan benih ketam.

Semoga seminar ini dapat membantu pengusaha-pengusaha tersebut mendapatkan ilmu berkaitan pembenihan ketam yang dapat menyumbang kepada kelestarian pengeluaran ketam di Malaysia.

Tarikh Input: 31/03/2021 | Kemaskini: 16/04/2021 | nsyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEXUAU~