Sept, LATIHAN KEYAKINAN AIR DI I-AQUAS | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK i-aquas
» BERITA » Sept, LATIHAN KEYAKINAN AIR DI I-AQUAS

Sept, LATIHAN KEYAKINAN AIR DI I-AQUAS

Disediakan oleh Mohd Fakhrulddin Ismail

24 September 2024, di Teluk Kemang, I-AQUAS UPM telah menganjurkan sesi latihan “keyakinan air” untuk semua kakitangan. Tujuan utama latihan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan kakitangan I-AQUAS dalam hal yang berkaitan dengan air. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah:

  1. Kemahiran Terapung dengan Keyakinan: o Sesi latihan dimulai dengan kemahiran terapung di dalam air. Kakitangan diajar cara mengatasi ketakutan dan memperoleh keyakinan ketika berada di dalam air. Ini penting terutama bagi mereka yang bekerja melibatkan persekitaran air.
  2. Aktiviti Berkayak dan Berakit: o Setelah memperoleh keyakinan asas, kakitangan I-AQUAS terlibat dalam aktiviti berkayak dan berakit. Ini bertujuan memuput semangat bekerjasama dalam Kumpulan dan mengeratkan hubungan diantara kakitangan.
  3. Pengenalan Asas Kecemasan: o Latihan ini juga merangkumi pengenalan asas kepada kecemasan. Kakitangan diajar bagaimana bertindak dengan cepat dan berkesan dalam situasi darurat. Pengetahuan ini penting untuk keselamatan mereka sendiri dan orang lain.
  4. Manfaat Keseluruhan: o Dengan melibatkan kakitangan dalam latihan ini, I-AQUAS berharap agar mereka lebih berkemahiran dan berkeyakinan dalam aktiviti air. Ini akan memberi impak positif kepada penyelidikan dan pengurusan sumber air yang dilakukan oleh institusi ini.

 

Tarikh Input: 06/09/2024 | Kemaskini: 26/09/2024 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
X, (06:01:17am-06:06:17am, 17 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]