Pada 23 September 2024, I-AQUAS telah menerima kehadiran seramai 32 orang pelajar dan 4 orang guru dari Sekolah Akademi Bakat untuk sama-sama menjayakan program "Saving Marine Life through Lestari & NSK" anjuran bersama Sekolah Akademi Bakat dan I-AQUAS. Melalui program ini,para pelajar bukan sahaja didedahkan dengan aktiviti air malah turut sama diberi peluang untuk mempelajari teknik pembedahan ikan menerusi slot "Fish Anatomy 101: An Overview & Quiz" yang memberi pemahaman kepada para pelajar tentang kepentingan anatomi ikan dalam akuakultur serta kepentingannya kepada ekosistem dan ekonomi yang mampan. Diharap program ini akan dapat melahirkan generasi yang peka terhadap pemuliharaan alam sekitar terutama hidupan marin.


Tarikh Input: 26/09/2024 | Kemaskini: 26/09/2024 | m_fakhrulddin
