SYABAS DAN TAHNIAH KAKITANGAN I-AQUAS YANG MENDAPAT APC UPM 2021 | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » SYABAS DAN TAHNIAH KAKITANGAN I-AQUAS YANG MENDAPAT APC UPM 2021

SYABAS DAN TAHNIAH KAKITANGAN I-AQUAS YANG MENDAPAT APC UPM 2021

PORT DICKSON, 14 Julai 2021 (I-AQUAS) – Seramai lima staf I-AQUAS menerima anugerah kecemerlangan dalam Majlis Gemilang Putra 2021 yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM). Walau ianya disambut tanpa majlis seperti tahun-tahun sebelum ini, ianya tetap bermakna dan memberi erti yang mendalam kepada warga I-AQUAS, yang mana komitmen serta pencapaian cemerlang dirai dengan pengikhtirafan dan penghargaan.

 

Pada kesempatan ini, warga I-AQUAS ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan Syabas kepada semua penerima anugerah yang telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang kepada I-AQUAS secara khususnya dan kepada UPM. Semoga dengan pengikhtirafan ini terus menjadi inspirasi kepada warga I-AQUAS.

Tarikh Input: 29/09/2021 | Kemaskini: 29/09/2021 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXDdQAQ~