TERIMA KASIH PROF. DR. FATIMAH | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » TERIMA KASIH PROF. DR. FATIMAH

TERIMA KASIH PROF. DR. FATIMAH

Salam Perpisahan, Setulus Penghargaan

 

Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dr. Fatimah Md Yusoff di atas khidmat bakti yang tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Pengarah I-AQUAS. Pelbagai idea disumbangkan dan transformasi telah dilakukan oleh YBhg. Prof. untuk I-AQUAS membangun dan beroperasi dengan cekap dan teratur dalam memenuhi petunjuk pencapaian prestasi sebuah institut di Universiti Putra Malaysia pada Tahun 2020. Kami, warga I-AQUAS, akan mendokong aspirasi YBhg. Prof. untuk melihat I-AQUAS membangun sebagai sebuah entiti antarabangsa terkemuka dalam Akuakultur dan Sains Akuatik Tropika. 

Cuaca panas badan cepat letih,
Berehat sekejap di pokok mempelas,
Kami warga I-AQUAS menyanjung kasih,
Usaha & bakti Prof akan kami galas.

Bulan puasa jual murtabak,
Tak lengkap juadah tanpa ice blended,
Walaupun negara kita di landa wabak,
Komitmen staf kpd tugasan tetap komited.

Cantik molek si rama-rama,
Terbang tinggi di sambar sang helang,
Walaupun sekejap kita bersama,
Pertemuan & perpisahan tetap datang.

Masuk pejabat terpijak lipan,
Cepat2 berlari ambik peti kecemasan,
Walau tiada jamuan & salam perpisahan,
Bayangan Prof sentiasa di ingatan.

TERIMA KASIH PROF. FATIMAH.

 

Tarikh Input: 28/02/2021 | Kemaskini: 16/03/2021 | nsyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEZKAe~