WEBINAR SIRI 2/2021 I-AQUAS, 'RECOVERING STRATEGIES AFTERMATH OF NATURAL DISASTERS', | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » WEBINAR SIRI 2/2021 I-AQUAS, 'RECOVERING STRATEGIES AFTERMATH OF NATURAL DISASTERS',

WEBINAR SIRI 2/2021 I-AQUAS, 'RECOVERING STRATEGIES AFTERMATH OF NATURAL DISASTERS',

Oleh: Nur Syahirah Ibrahim

PORT DICKSON, 22 Mac - Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan webinar bertajuk 'Recovering Strategies Aftermath of Natural Disasters'. Ini adalah webinar kedua dari Siri Webinar I-AQUAS yang merangkumi isu-isu dan penemuan yang berkaitan dengan kesan bencana alam di persekitaran pantai dan juga pemulihan.

Penceramah pertama ialah Prof. Dr. Tomohiko Kawamura, penyelidik terkemuka dari Universiti Tokyo, yang terlibat secara langsung dalam mengkaji kesan gempa dan tsunami yang melanda Jepun 10 tahun lalu. Sementara itu, penceramah kedua ialah Pegawai Kawalan Alam Sekitar dari Lembaga Urus Air Selangor, Encik Mohd Nazifi Nawawi, yang terlibat secara langsung dalam menangani kesan bencana alam yang melanda Malaysia.

Dr. Ferdaus Mohamat Yusuff, Penyelidik Bersekutu I-AQUAS, adalah moderator webinar tersebut. Terdapat dua topik yang dibincangkan iaitu 'The effects of earthquake and tsunami on ecosystems and recovery from the damage' dan 'Impact of natural disasters on water supply in Selangor and recovery strategies'. 

 

Tarikh Input: 31/03/2021 | Kemaskini: 16/04/2021 | nsyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEUOAE~