Programme Of Study | INTERNATIONAL INSTITUTE OF AQUACULTURE AND AQUATIC SCIENCES
» LABORATORIES » Laboratory of Sustainable Aquaculture (AquaLab) » Programme of Study

Programme of Study

  1. Bioteknologi Akuakultur(Aquaculture Biotechnology)

Sinopsis

Bidang bioteknologi akuakultur merupakan salah satu komponen yang penting dalam industri akuakultur. Ia berkaitan dengan penggunaan teknik dan alat bioteknologi terkini dalam meningkatkan hasil tumbuhan dan haiwan akuatik. Bioteknologi menyediakan alat yang berkuasa untuk pembangunan akuakultur yang lestari, perikanan, serta industri makanan. Peningkatan permintaan masyarakat terhadap makanan laut dan penurunan habitat marin semulajadi telah menggalakkan saintis mengkaji cara bioteknologi yang dapat meningkatkan pengeluaran produk makanan laut, dan menjadikan akuakultur sebagai bidang penyelidikan haiwan yang semakin berkembang.

 

Bidang ini memberi fokus kepada kajian penggunaan teknologi dalam pengurusan tumbuhan dan haiwan akuatik yang lebih baik. Pembangunan protokol, proses dan teknik serta produk baharu berasaskan bioteknologi dengan menggunakan sumber akuakultur akan diberi penekanan. Bioteknologi moden banyak menyumbang dan menimbulkan cabaran penting kepada pembangunan akuakultur. Bioteknologi moden harus digunakan sebagai tambahan dan bukan sebagai pengganti untuk teknologi konvensional dalam menyelesaikan masalah, dan aplikasi mereka harus berasaskan keperluan dan bukannya berasaskan teknologi. Penggunaan bioteknologi moden untuk meningkatkan pengeluaran spesies akuatik berpotensi besar bukan hanya untuk memenuhi permintaan tetapi juga untuk meningkatkan aktiviti akuakultur. Pengubahsuaian teknik dalam bioteknologi juga berpotensi besar untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti ikan yang dipelihara dalam akuakultur.

 

Graduan bidang ini akan dapat mencebur diri dalam kerjaya sebagai ahli sains, ahli bioteknologi, penyelidik, pensyarah, perunding, dan pembuat dasar di institusi kerajaan atau swasta. Kerjaya tersebut tidak terhad kepada dalam negara, malah mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

 

 2. Marikultur

Sinopsis

Marikultur adalah penternakan tumbuhan dan haiwan akuatik marin. Ia adalah cabang khusus akuakultur yang melibatkan penternakan organisma marin untuk makanan dan produk lain yang melibatkan seksyen lautan terbuka atau tertutup, di dalam tangki, kolam atau raceways yang dipenuhi dengan air laut. Kategori utama spesies marikultur adalah rumpai laut, moluska, krustasea, dan ikan.

Marikultur mempunyai kelebihan berbanding penternakan secara tradisional. Memandangkan ikan disimpan dalam persekitaran yang terkawal, ianya lebih mudah dari segi penjagaan dan kawalan hasil. Selain itu penuaian adalah lebih mudah dan kualitinya konsisten, kos lebih rendah dan keuntungan yang lebih tinggi.

Bidang ini mempunyai nilai tambah yang besar dan mendapat permintaan yang tinggi di dalam komuniti dan masyarakat.  Bidang ini akan menekankan kepada teknik pembenihan organisma marin terutama spesies yang bernilai tinggi, pengkulturan tumbuhan marin, cara penjagaan organisma marin, teknologi terkini dalam penternakan dan teknik penghasilan yang lestari. Selain itu, konsep biosekuriti dan isu semasa dalam bidang ini seperti penggunaan bahan kimia terlarang dan antibiotik serta lain-lain isu juga akan ditekankan.

Graduan bidang ini akan dapat mencebur diri dalam kerjaya sebagai usahawan ladang ternakan marin, pegawai perundingan, pegawai sains, pegawai penyelidik, pensyarah, dan pembuat dasar di institusi kerajaan atau swasta. Kerjaya tersebut tidak terhad kepada dalam negara, malah mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Updated:: 23/09/2021 [nsyahirah]

MEDIA SHARING

INTERNATIONAL INSTITUTE OF AQUACULTURE AND AQUATIC SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
CVBaHAw~