Visi, Misi Dan Dasar Kualiti UPM | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» MENGENAI KAMI » Maklumat Korporat » Visi, Misi dan Dasar Kualiti UPM

Visi, Misi dan Dasar Kualiti UPM

Sebagai sebuah universiti yang terkemuka dan menjadi Pusat Pembelajaran dan Penyelidikan yang utama pada peringkat antarabangsa, UPM kukuh berpegang pada komitmen untuk terus berusaha mencapai kemajuan dan menjadi universiti yang dihormati. Dalam usaha untuk mencapai keunggulan itu, kami warga UPM bersatu hati mengikuti tuntutan visi dan misi serta berkongsi tanggungjawab mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

VISI » Menjadi sebuah Institut UPM bereputasi antarabangsa.

MISI » Memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu 

MATLAMAT UPM

» Matlamat 1 
Mempertingkat kualiti dan daya saing graduan 

» Matlamat 2 
Penjanaan nilai melalui ekosistem RDCE yang mantap dan lestari 

» Matlamat 3
Melonjak perkhidmatan jaringan industri dan masyarakat 

» Matlamat 4
Memperkasa UPM sebagai pusat kecemerlangan pertanian

» Matlamat 5 
Mempertingkat kualiti tadbir urus

DASAR KUALITI

» Pekerja Universiti Putra Malaysia komited dalam mencapai kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan untuk mencapai matlamat pelan strategik unversiti.

» Pekerja Universiti Putra Malaysia akan sentiasa melaksanakan tanggung jawab dalam mencapai objektif kualiti yang ditetapkan serta memastikan objektif kualiti tersebut dikaji dari semasa ke semasa supaya selaras dengan visi, misi dan matlamat UPM.

Pemansuhan

Apa-apa dasar atau polisi mengenai pengurusan kualiti Universiti Putra Malaysia yang berkuat kuasa sebelum ini adalah dimansuhkan.

Kemaskini:: 11/04/2020 [m_fakhrulddin]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXDcUAU~