JARINGAN (INDUSTRI & MASYARAKAT) | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» JARINGAN (INDUSTRI & MASYARAKAT)

JARINGAN (INDUSTRI & MASYARAKAT)

Seiringan dengan kemajuan Malaysia bergerak ke arah merealisasikan Wawasan 2020, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi mencapai matlamat untuk menjadi sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi. UPM berusaha untuk membawa bersama-sama pendekatan Triple Helix di kalangan ahli akademik, industri, masyarakat dan kerajaan untuk menyokong strategi pembangunan negara demi kesejahteraan masyarakat. Selaras dengan itu, UPM telah mengambil inisiatif membangunkan satu kerangka kerja bertajuk Industrial and Community Engagement: A University Framework untuk bekerjasama secara strategik  dengan Industri dan Masyarakat bagi membangun dan melaksanakan program untuk menyokong Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan masalah sosial negara yang dikenal pasti. Oleh itu, pihak I-AQUAS ingin menjemput pihak Industri dan Komuniti untuk bekerjasama dengan kakitangan akademik untuk mencapai objektif tersebut. 

Misi libatsama industri dan komuniti di I-AQUAS adalah untuk memastikan libatsama yang berkesan melalui pembinaan hubungan strategik yang akan menguntungkan kedua-dua belah pihak. 

SXDcQAT~