Akuainformatik (EkosistemLab) | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» SISWAZAH » Bidang Pengajian Baharu » Akuainformatik (EkosistemLab)

Akuainformatik (EkosistemLab)

Akuainformatik

Akuainformatik adalah merupakan salah satu cabang sistem informasi yang menumpukan kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam menangani sains akuatik.  Sains akuatik adalah kajian multidisiplin ekosistem akuatik, baik air tawar mahupun laut.  Beberapa bidang pengajian utama dalam sains akuatik termasuk: limnologi (kajian tasik, sungai, tanah lembap dan air bawah tanah); biogeokimia; ekologi akuatik; oseanografi; biologi marin; dan hidrologi.  Sistem Maklumat Geografi (GIS) telah menjadi sebahagian daripada sains akuatik dan limnologi.  Sifat air adalah dinamik dan ciri-ciri yang dikaitkan dengan air itu sentiasa berubah.  Bagi membolehkan kita mengikuti perubahan ini, kemajuan teknologi dan kaedah sains digunakan untuk meningkatkan semua aspek penyiasatan saintifik, dari pengesanan satelit hidupan akuatik ke pemetaan habitat secara berkomputer.

 

GIS digunakan dalam pelbagai bidang sains akuatik dari limnologi, hidrologi, botani akuatik, ekologi aliran, oseanografi dan biologi marin.  Aplikasi yang boleh digunapakai termasuklah menggunakan imej satelit untuk mengenalpasti, memantau dan mengurangkan kehilangan habitat.  Pengimejan juga boleh menunjukkan keadaan kawasan yang tidak dapat diakses.  Para saintis dapat mengesan pergerakan dan mengembangkan strategi untuk mencari lokasi yang sesuai untuk sesuatu aktiviti berkaitan akuatik.  GIS juga boleh digunakan untuk mengesan spesies invasif, spesies terancam, dan perubahan populasi akuatik.  Salah satu kelebihan sistem ialah ketersediaan maklumat yang boleh dikongsi dan dikemaskini pada bila-bila masa melalui penggunaan pengumpulan data berasaskan web.

 

 

Kemaskini:: 11/04/2020 [m_fakhrulddin]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXETLAz~