Biologi Marin (EkosistemLab) | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» SISWAZAH » Bidang Pengajian Baharu » Biologi Marin (EkosistemLab)

Biologi Marin (EkosistemLab)

Biologi Marin

Bidang biologi marin melibatkan pemahaman dan penerokaan tentang kehidupan laut termasuk semua flora dan fauna, dari hidupan mikro ke makro.  Ekosistem marin adalah kompleks dan semua faktor biotik dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelestarian pelbagai sumber hidupan akuatik terutamanya perikanan.  Bidang ini juga mengfokuskan kepada pemahaman interaksi antara hidupan marin, dan turut merangkumi impak proses fizikal, kimia dan biologi terhadap organisma marin.  Penelitian terhadap hidupan kepada perubahan persekitaran disebabkan oleh faktor semulajadi atau antropogenik dianggap penting dalam pengurusan sumber marin.  Interaksi biologi dalam ekosistem marin, kajian klasifikasi seperti sistematik dan taksonomi, biodiversiti, sasaran komuniti serta proses ekologi seperti aliran tenaga, jaringan makanan dan status trofik juga diberi penekanan.  Kajian biologi marin sering dijalankan bersama bidang lain seperti oseanografi biologi, biologi sel, kimia, ekologi, geologi, biologi molekular, zoologi, biologi pemuliharaan marin, dan biologi perikanan. Hasil kajian biologi marin boleh menyumbang kepada aplikasi sains gunaan seperti sains perikanan, akuakultur, sains perubatan dan kejuruteraan marin.

 

 

 

 

 

Kemaskini:: 10/04/2020 [m_fakhrulddin]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXESMA7~