Kejuruteraan Akuakultur (AkuaLab) | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» SISWAZAH » Bidang Pengajian Baharu » Kejuruteraan Akuakultur (AkuaLab)

Kejuruteraan Akuakultur (AkuaLab)

Kejuruteraan Akuakultur

Kejuruteraan akuakultur adalah bidang yang melibatkan prinsip kejuruteraan dalam akuakultur terutamanya dalam rekabentuk sistem pengeluaran akuakultur.  Dalam bidang ini, kecekapan sesebuah rekabentuk seperti RAS (sistem akuakultur kitar semula), sistem kultur multitrofik, fotobioareaktor dan lain-lain adalah menjadi keutamaan.  Ciri-ciri hidraulik dan hidrologi yang terlibat dalam proses mendapatkan sumber air dan pergerakan air untuk aktiviti akuakultur adalah menjadi keutamaan.  Rekabentuk sistem rawatan air dan automasi dalam akuakultur untuk meningkatkan kecekapan produktiviti juga turut diberi perhatian.  Dalam mendepani situasi bekalan air yang tidak konsisten di beberapa kawasan, bidang ini amat penting untuk memastikan bekalan air mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti. 

 

Selain itu, teknologi IoT juga adalah penting untuk memantau kecekapan sistem pengeluaran akuakultur.  Ditambah dengan keupayaan memantau tingkah laku ikan dengan menggunakan teknologi pengimejan (image processing) dan sonik, bidang ini dapat meningkatkan kualiti pengeluaran ikan.

Kemaskini:: 10/04/2020 [m_fakhrulddin]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXERDAh~