Port Dickson Surface Water Quality Status: A Year With COVID-19 Pandemic | INTERNATIONAL INSTITUTE OF AQUACULTURE AND AQUATIC SCIENCES
» ARTICLE » Port Dickson Surface Water Quality Status: A Year with COVID-19 Pandemic

Port Dickson Surface Water Quality Status: A Year with COVID-19 Pandemic

Oleh: Nur Amiera Kamarudin, Ferdaus Mohamat-Yusuff,  Natrah Fatin Mohd Ekhsan, Ahmad Zaharin Aris, Fatimah Md Yusoff

Artikel Disediakan Oleh: Farah Izana Abdullah

 

Ekosistem akuatik di marin dan air tawar sangat terganggu oleh pelbagai sumber antropogenik pencemar daripada kumbahan, nutrien dan bahan-bahan terrigenous, minyak mentah, logam berat dan plastik. Perintah kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19 memberi impak positif terhadap alam sekitar dari segi pengurangan aktiviti antropogenik terutamanya terhadap persekitaran akuatik. Satu kajian telah dijalankan untuk mengukur tahap kualiti air permukaan selepas setahun penularan COVID-19 di salah satu pantai rekreasi terkenal di Malaysia, Port Dickson.

Kualiti air kawasan pantai Port Dickson berdasarkan beberapa parameter menunjukkan peningkatan positif dalam kualiti air setahun selepas perintah kawalan pergerakan di Malaysia. Indeks Kualiti Air Marin Malaysia (MMWQI) menunjukkan status air permukaan pantai Port Dickson diklasifikasikan sebagai kualiti sederhana manakala parameter tertentu yang disenaraikan dalam Piawaian Kualiti Air Marin Malaysia (MMWQS) diklasifikasikan sebagai Kelas 1 pada Mac 2021. Walaupun pandemik COVID-19 ini memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia global serta sektor ekonomi dunia, kita dapat melihat beberapa kesan positif terhadap pencemaran alam sekitar.

Web: doi:10.1088/1755-1315/934/1/012049

Date of Input: 31/01/2022 | Updated: 08/06/2022 | m_fakhrulddin

MEDIA SHARING

INTERNATIONAL INSTITUTE OF AQUACULTURE AND AQUATIC SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEeCAe~