Implikasi Sumber Karbon Tepung Jagung Untuk Fasa Pembibitan Udang Sungai Raksasa Dalam Sistem Bioflok | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Implikasi Sumber Karbon Tepung Jagung untuk Fasa Pembibitan Udang Sungai Raksasa dalam Sistem Bioflok

Implikasi Sumber Karbon Tepung Jagung untuk Fasa Pembibitan Udang Sungai Raksasa dalam Sistem Bioflok

 

Jumaat, 23 Julai 2021

Oleh: Md. Eilious Hosain, S.M. Nurul Amin, Aziz Arshad

Artikel disediakan oleh: Farah Izana

 

Udang sungai raksasa (Macrobrachium rosenbergii) adalah salah satu spesies akuakultur yang sangat penting di kebanyakkan negara Asia dan di beberapa negara Amerika seperti Brazil, Mexico dan Amerika Syarikat. Pembibitan postlarva M. rosenbergii adalah fasa pertengahan di antara fasa pemeliharaan larva dan fasa perkembangan larva. Amalan ini memastikan udang postlarva bersaiz besar dibekalkan kepada petani untuk kelangsungan hidup yang lebih baik. Postlarva bersaiz besar juga membolehkan para petani memperoleh tiga tuaian dalam masa setahun.

Sistem teknologi bioflok (BTF) mungkin merupakan teknik alternatif yang mesra alam dalam operasi pembibitan M. rosenbergii kerana dapat meningkatkan keadaan kualiti air, menyediakan makanan, membekalkan nutrisi dan memberi perawatan kesihatan kepada haiwan kultur. Bioflok mengandungi protein, lipid, mineral, vitamin, asid amino, dan asid lemak serta enzim, imunostimulan dan probiotik Kebiasaannya, krustasea telah beradaptasi dengan baik untuk menggunakan bioflok, termasuklah M. rosenbergii. Sumber karbon yang berbeza seperti asetat, pati jagung, gliserol, molases, dedak padi dan lain-lain juga telah digunakan dalam sistem bioflok. Dalam kajian ini didapati bahawa udang sungai raksasa berjaya dibela dengan menggunakan sistem BFT semasa di peringkat pembibitan. Penggunaan pati jagung sebagai sumber karbon memungkinkan pertumbuhan yang lebih tinggi, kelangsungan hidup yang lebih baik (86.6%) dan FCR (2.21), serta meningkatkan pendapatan bersih dan meningkatkan nisbah faedah-kos.

 

Web: https://doi.org/10.1016/j.aqrep.2021.100607

 

Tarikh Input: 30/07/2021 | Kemaskini: 30/07/2021 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXFJBAJ~