Kesan Ketoksikan Diuron Pada Struktur Tisu Insang Dan Baki Pada Tisu Kerang Darah, Tegillarca Granosa | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Kesan Ketoksikan Diuron pada Struktur Tisu Insang dan Baki Pada Tisu Kerang Darah, Tegillarca granosa

Kesan Ketoksikan Diuron pada Struktur Tisu Insang dan Baki Pada Tisu Kerang Darah, Tegillarca granosa

Oleh: Ferdaus Mohamat-Yusuff, Dhilshad Shereen Mohamed Ibrahim, Aqilah Mukhtar

Artikel Disediakan Oleh: Farah Izana Abdullah

 

Kerang darah Tegillarca granosa ialah spesies kerang separa kultur utama di Malaysia, mendominasi 93% daripada jumlah pengeluaran spesies kerang-kerangan untuk permintaan domestik dan eksport ke Thailand dan Singapura. Negeri Johor, Selangor, Perak, dan Pulau Pinang merupakan kawasan penting dalam pengeluaran T. granosa dewasa dan bertindak sebagai habitat semula jadi kerang. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran T. granosa telah menurun dengan ketara walaupun kawasan penternakan bertambah.

Diuron ialah biosid aktif dalam cat antifouling untuk struktur marin dan merupakan sumber pencemaran dalam persekitaran akuatik. Walau bagaimanapun, minimum data menangani kesan Diuron pada T. granosa. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan ketoksikan Diuron terhadap T. granosa dengan menentukan pengumpulan dalam tisu lembut dan perubahan pada struktur tisu insang. Secara keseluruhannya, jumlah Diuron yang terkumpul dalam tisu lembut T. granosa tidak meningkat secara berkadar langsung dengan peningkatan kepekatan pendedahan disebabkan oleh kerentanan dan tingkah laku kerang yang mengeluarkan dan mengehadkan pengumpulan Diuron. Nilai indeks purata histopatologi insang adalah antara 5.25–7.67 dan dikelaskan sebagai sederhana hingga teruk. Ciri-ciri insang dan tingkah laku pelindung T. granosa berpotensi mengehadkan pengumpulan Diuron dalam tisu lembut.

Web: https://doi.org/10.1016/j.marpolbul.2021.113071

Tarikh Input: 23/12/2022 | Kemaskini: 23/12/2022 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEbBAW~