Feb23. Lawatan Teknikal Oleh Lembaga Kemajuan Ikan Negeri Melaka & Persatuan Nelayan Kebangsaan Jasin, Melaka | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » Feb23. Lawatan Teknikal oleh Lembaga Kemajuan Ikan Negeri Melaka & Persatuan Nelayan Kebangsaan Jasin, Melaka

Feb23. Lawatan Teknikal oleh Lembaga Kemajuan Ikan Negeri Melaka & Persatuan Nelayan Kebangsaan Jasin, Melaka

[Februari 23, 2023 | Khamis | I-AQUAS, Port Dickson, Negeri Sembilan]
Edited by: Dr. Illisriyani Ismail & Mr. Fakhrulddin Ismail

Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia, telah menerima lawatan dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Melaka bersama dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) Jasin, Melaka.

Lawatan ini telah diketuai oleh Pengarah LKIM Melaka iaitu YBrs. En. Adib Syazwan Mohammad Hassan beserta dua orang pegawai kanan beliau. Turut hadir bersama adalah Pengurus PNK Jasin Melaka iaitu YBrs En Hamdan Othman beserta tiga orang ahli dari persatuan.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk perbincangan kerjasama dalam membantu PNK di Jasin meningkatkan pengeluaran akuakultur untuk memenuhi permintaan setempat dan juga luar kawasan.

Selain dari itu, antara topik perbincangan adalah lebih khusus kepada cara pembenihan udang galah dan ketam renjung. Seterusnya, hasil perbincangan telah mendapat persetujuan agar I-AQUAS akan mengadakan lawatan rasmi ke LKIM Melaka seterusnya lawatan sekitar Jasin untuk rancangan penyelidikan seterusnya.

Tarikh Input: 28/02/2023 | Kemaskini: 16/03/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEbLAp~