LAWATAN KELAB AKUAKULTUR KE I -AQUAS | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » LAWATAN KELAB AKUAKULTUR KE I -AQUAS

LAWATAN KELAB AKUAKULTUR KE I -AQUAS

 

PORT DICKSON: Kelab Akuakultur di bawah naungan Jabatan Akuakultur, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan ‘Lawatan Sambil Belajar ke i-AQUAS’ pada 1 Mac 2020. Program ini melibatkan 30 orang mahasiswa yang terdiri dari tahun satu dan tahun dua program Bacelor Sains Akuakultur. Lawatan ini diketuai oleh Penasihat kelab iaitu Prof Madya Dr Murni Marlina Abdul Karim.

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai operasi i-AQUAS, dan memperluaskan pengetahuan mereka tentang ilmu berkaitan dengan akuakultur. Di samping itu, pelajar juga dapat menambah pengalaman dan memperbaiki kemahiran dengan melakukan kerja praktikal di i-Aquas.

Program ini berjalan lancar dengan bantuan Encik Ahmad Anuar bin Zainal, Encik Jeeva Prakash Tanasygaran dan En. Mohamad Affendi Abdul Wahid selaku staf i-AQUAS yang bertanggungjawab membawa pelajar meninjau kawasan hatcheri serta memberi

 

penerangan berkaitan   i-AQUAS dengan mendalam. Antara perkara menarik yang terdapat di i-AQUAS adalah projek rumpai laut seperti Caulerpa lentillifera, pembenihan ketam, pengkulturan mikroalga dengan skala besar dan projek yang dijalankan oleh pelajar Sarjana. Bagi aktiviti praktikal, mahasiswa diberi tugasan membersihkan hatcheri, memindahkan ikan dan memasukkan anak ketam ke dalam kolam.

Di akhir program ini, penasihat Kelab Akuakultur telah menyampaikan cenderahati kepada Encik Anuar sebagai tanda penghargaan sekaligus menutup program Lawatan i-Aquas. Semoga, lawatan ilmiah ini dapat dijadikan sebagai platform dalam membentuk mahasiswa Kelab Akuakultur sebagai pelajar yang mahir dalam bidang akuakultur.

 Penerangan oleh staf i-Aquas

 

 Penerangan mengenai pengkulturan  mikroalga

 Pembersihan tangki di hatceri

 Penyampaian sagu hati kepada i-Aquas oleh Prof. Madya Dr. Murni Marlina Abd Karim

 

Tarikh Input: 27/03/2020 | Kemaskini: 16/03/2021 | nsyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEaRAg~