PROGRAM PENYELIDIKAN TRANSLASIONAL 2023-2025 | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» PROGRAM KETERJAMINAN MAKANAN » PROGRAM PENYELIDIKAN TRANSLASIONAL 2023-2025

PROGRAM PENYELIDIKAN TRANSLASIONAL 2023-2025

Program Translasi I-AQUAS: Penambahan Stok Ketam Biru di Sungai Rambai, Melaka



Program Translasi I-AQUAS bertujuan untuk memperkukuh transformasi sosial dalam komuniti nelayan di Sungai Rambai, Melaka. Program ini memberi sokongan kepada komuniti melalui penyediaan benih ketam biru yang berkualiti, latihan teknikal, dan pembangunan kapasiti dalam pengurusan akuakultur.

Butiran Program:

  • Tempoh Program: 9 November 2023 - 8 November 2025
  • Jumlah Peruntukan: RM 206,000.00
  • Ketua Penyelidik: Prof. Dr. Ahmad Zaharin Aris
  • Bidang Fokus: Keterjaminan Makanan dan Akuakultur



Objektif Program

  1. Peningkatan Keupayaan Komuniti
    Memindah pengetahuan dan kemahiran pengurusan stok ketam biru kepada komuniti nelayan tempatan untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti kehidupan mereka.

  2. Penilaian Sosioekonomi
    Melaksanakan kajian mengenai status sosioekonomi komuniti sebelum dan selepas program untuk mengenal pasti aktiviti ekonomi yang berdaya maju.

  3. Kolaborasi dan Penglibatan
    Menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa seperti LKIM dan Jabatan Perikanan untuk memastikan keberkesanan dan keberlanjutan program.

  4. Penghasilan Benih Berkualiti Tinggi
    Menyediakan benih ketam biru untuk dilepaskan ke perairan tempatan bagi meningkatkan hasil tangkapan komuniti dan menyokong pemuliharaan.

  5. Pembangunan Kapasiti dan Inovasi Sosial
    Meningkatkan penerimaan komuniti terhadap teknologi dan inovasi akuakultur untuk keberlanjutan jangka panjang industri perikanan tempatan.



Komponen Inovasi Sosial

  1. Pengurusan Benih Berkualiti Tinggi
    Memperkenalkan benih ketam biru berkualiti bagi meningkatkan hasil dan produktiviti komuniti.

  2. Penglibatan Komuniti
    Melibatkan komuniti secara langsung dalam proses pengurusan akuakultur untuk memastikan penerimaan dan pemahaman yang mendalam.

  3. Perubahan Sosioekonomi
    Memberikan peluang kepada komuniti untuk memperbaiki taraf ekonomi melalui penangkapan ketam yang meningkat.

  4. Pembangunan Kapasiti Komuniti
    Melatih komuniti untuk menerima inovasi dalam pengurusan perikanan dengan lebih efektif.



 Kejayaan & Kemajuan Program Setakat Ini (25/10/2024)

  • Pencapaian Milestone: 54% telah dilaksanakan
  • Perbelanjaan Program: 22.6% telah digunakan
  • Pelepasan Benih Ketam:
    • Pantai Siring: 88,000 benih
    • Pulau Burung: 20,000 benih
    • Kuala Sebatu: 40,000 benih

Kemaskini:: 04/12/2024 [m_fakhrulddin]

PERKONGSIAN MEDIA

X, (02:34:40am-02:39:40am, 05 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]