Oleh: Siti Nor Ani Azaman, Darren C. J. Wong, Sheau Wei Tan, Fatimah M. Yusoff, Norio Nagao & Swee Keong Yeap
Artikel Disediakan Oleh: Farah Izana binti Abdullah
Keupayaan spesies Chlorella untuk menghasilkan metabolit yang mempunyai pelbagai aktiviti meningkatkan kesihatan seperti antioksidan, antimikrob, antibakteria, antikulat, antikanser, dan antivirus menjadikannya popular pada industri farmasi dan kesihatan di kebanyakkan negara Asia seperti China, Korea dan Jepun selama beratus-ratus tahun. Dalam usaha untuk meransang penghasilan metabolit seperti pigmen dan pengeluaran lipid, kaedah manipulasi sumber karbon dan intensiti cahaya biasanya digunakan. Oleh itu, satu kajian telah dilakukan untuk mengetahui kesan intensiti cahaya sederhana dan ditambah dengan 2% glukosa dalam keadaan nutrisi yang terhad terhadap Chlorella sorokiniana. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah ini menyumbang kepada pengeluaran metabolit bernilai tinggi seperti karotenoid terutamanya lutein, sintesis asid lemak tak tepu dan pengumpulan triacylglycerol (TAG). Di samping itu, peningkatan gen yang terlibat dalam biosintesis lutein bagi penghasilan karotenoid, biosintesis asid lemak, pengumpulan TAG, dan sebahagian besar jalur fiksasi karbon diperhatikan.
Web: https://doi.org/10.1038/s41598-020-74410-4
Tarikh Input: 30/09/2021 | Kemaskini: 30/09/2021 | m_fakhrulddin