Port Dickson, 18 Ogos 2023 - Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-aQUAs) telah menganjurkan sambutan meriah sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66. Acara tersebut juga melibatkan Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang 2023, dimana semua kakitangan I-AQUAS menyertai sambutan tersebut. diatas Semangat Kemerdekaan dan Kebersamaan, kakitangan I-AQUAS berjaya memeriahkan Acara Sambutan kemerdekaan tahunan ini dianjurkan dengan penuh semangat patriotik dan kebersamaan. Merah, biru, dan putih, warna bendera Malaysia, menyusuri kawasan I-AQUAS, mengingatkan semua yang hadir tentang makna pentingnya kemerdekaan dan perpaduan dalam mencapai kemajuan negara.
Tarikh Input: 22/08/2023 | Kemaskini: 10/10/2023 | m_fakhrulddin