26 Julai. Pelajar Raudhah Secondary School Kajang Memperoleh Pendedahan Kepada Akuakultur Melalui Lawatan Ke I-AQUAS | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » 26 Julai. Pelajar Raudhah Secondary School Kajang Memperoleh Pendedahan kepada Akuakultur Melalui Lawatan ke I-AQUAS

26 Julai. Pelajar Raudhah Secondary School Kajang Memperoleh Pendedahan kepada Akuakultur Melalui Lawatan ke I-AQUAS

Disediakan oleh: Mohd Fakhrulddin Ismail

 

26 Julai  2023, I-AQUAS, UPM Kampus Port Dickson. Rombongan pelajar dari Raudhah Secondary School (RSS), Kajang telah membuat lawatan sambil belajar ke I-AQUAS. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang aktiviti akuakultur dan I-AQUAS kepada pelajar, sekaligus memupuk kesedaran awal mereka tentang pentingnya sumber daya akuatik dan peranannya dalam keselamatan industri makanan dan sumber protein di masa depan.

 

Pelajar-pelajar dari pelbagai peringkat di sekolah tersebut telah ditemani oleh guru-guru pengiring. Ketibaan mereka dimulai dengan penerangan ringkas mengenai I-AQUAS dan aktiviti yang ada disini. Pelajar-pelajar kemudiannya dibawa melawat Hatcheri A, B dan C. Mereka diperkenalkan dengan teknologi kultur yang digunakan dalam penyelidikan akuakultur dan dipaparkan kepada praktik-praktik terbaik dalam menjaga kesihatan biota akuatik dan memastikan kualiti air yang baik bagi pertumbuhan dan kesihatan haiwan akuatik.

 

Diharapkan, melalui pendedahan ini, pelajar-pelajar akan menjadi lebih terinspirasi untuk mengejar bidang penyelidikan dan profesional dalam industri akuakultur, memberikan sumbangan mereka kepada pembangunan dan kemajuan negara.Dengan berakhirnya lawatan, para pelajar diharapkan membawa pulang ilmu dan pengalaman yang berharga ini ke dalam bilik darjah, berkongsi dengan rakan-rakan mereka, dan mengaplikasikan pengetahuan baru mereka dalam bidang akuakultur untuk masa depan yang lebih baik.

May be an image of text that says 'RAUDHAH SECONDARY SCHOOL EDUGATINGFUTURELEER EDUCATING FUTURE LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2023 RAUDHAH SECONDARY SCHOOL 27& 28 JULAI 2023 I KHAMIS & JUMAAT Pusat Penyelidikan Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik UPM PD Forest Sg. Menyala Kilang Yakult, Seremban Masjid Seri Sendayan M00 raudhahsecondaryschool'

Tarikh Input: 23/07/2023 | Kemaskini: 10/10/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXFGPAw~