Program Jiwa Murni PALAPES UPM
[Mac 4, 2023 | Sabtu | I-AQUAS, Port Dickson, Negeri Sembilan]
Disunting oleh: Mr. Fakhrulddin Ismail & Dr. Illisriyani Ismail
PORT DICKSON - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman telah menghadiri ke Program Jiwa Murni anjuran Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UPM di Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), UPM baru-baru ini.
Program yang disertai 169 pelajar PALAPES UPM bertujuan bagi mendidik jati diri dan disiplin pelajar untuk menyumbangkan kepada masyarakat dengan perkongsian ilmu serta memberi khidmat kepada masyarakat.
Selain itu, Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan turut melepaskan 10,000 benih Ketam Rujung (blue swimming crab) bersama Timbalan Komandan PALAPES UPM, Lt. Kol. Dr. Muhamad Fadzil Repin@Rebin dan Pengarah I-AQUAS UPM, Prof. Dr. Ahmad Zaharin Aris dan Ketua Unit Muzium & Herbarium, I-AQUAS UPM, Dr. Nur Leena Wong Wai Sin.
Penganjuran program ini amat bertepatan selaras dengan usaha mendukung tonggak kelima perintah ulung panglima tentera darat iaitu peningkatan hubungan tentera darat dengan awam melalui program jiwa murni yang telah dilaksanakan
Selain itu, beliau turut hadir ke Makan Malam dan Majlis Ramah Mesra Komandan bersama warga PALAPES UPM.
Aktiviti Pelepasan Benih Ketam
Aktiviti pelajar membersihkan kawasan I-AQUAS
Aktiviti Makan Malam bersama VC
Tarikh Input: 06/03/2023 |
Kemaskini: 03/04/2023 | m_fakhrulddin
PERKONGSIAN MEDIA