Disediakan oleh Mohd Fakhrulddin Ismail
1 mac 2024, I-AQUAS, Port Dickson. Ucapan Tahniah Kepada Prof. Madya Dr. Ahmad Fikri Abdullah dan Dr. Nur Leena Wong Wai Sin. Warga I-AQUAS dengan sukacitanya mengucapkan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Ahmad Fikri Abdullah dan Dr. Nur Leena Wong Wai Sin atas lantikan mereka sebagai Ketua Laboratori Ekosistem Akuatik dan Pengurusan (EcosystemLab) serta Laboratori Akuakultur Mampan (AquaLab). Komitmen dan kepakaran mereka dalam bidang ini akan memberi sumbangan yang berharga kepada perkembangan sains akuakultur dan kelestarian ekosistem.
Tarikh Input: 03/03/2024 | Kemaskini: 15/05/2024 | m_fakhrulddin