PERLEPASAN BENIH KETAM RENJONG, AKTIVITI I-AQUAS BERSAMA KOMUNITI NELAYAN KG. TELUK KEMANG | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » PERLEPASAN BENIH KETAM RENJONG, AKTIVITI I-AQUAS BERSAMA KOMUNITI NELAYAN KG. TELUK KEMANG

PERLEPASAN BENIH KETAM RENJONG, AKTIVITI I-AQUAS BERSAMA KOMUNITI NELAYAN KG. TELUK KEMANG

Oleh: Ahmad Anuar Ahmad Zainal

PORT DICKSON, 4 Feb – Sebanyak 15,000 ekor anak benih ketam renjung telah dilepaskan ke habitat asal di Pantai Teluk Kemang dengan kerjasama dan penglibatan masyarakat nelayan Kampung Teluk Kemang.

Aktiviti pelepasan benih ketam renjung

Benih ketam renjung

Program ini dijalankan untuk menjaga kelestarian jumlah spesis ini di habitat asal laut Port Dickson serta menampung pendaratan ketam renjung yang semakin menurun. Nelayan telah mula menangkap ketam yang tidak matang yang mana ianya akan membawa kepada ketidakseimbangan populasi, maka dengan itu kaedah perlepasan benih adalah salah satu cara yang terbaik bagi mengatasi masalah kekurangan ketam renjong.

Di Malaysia, spesis Portunus Pelagicus dipanggil ketam renjung ,ketam bunga atau ketam biru. Sementara nama umumnya ialah “Swimming Blue Crab”. Ketam renjung ini merupakan haiwan Krustasea yang berada dalam genus Portunus dan keluarga besar Portunidae. Spesis yang terut mendapat nama jolokan “The Blue Swimmer” ini merupakan makanan istimewa di negara-negara Asia dan boleh ditemui hampir di semua lautan dunia.

Ketam jantan dan ketam betina

Sebagai sebuah tempat penyelidikan pengajaran dan perkembangan yang berlatar belakang Akuakultur dan Sains Marin, Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalankan penyelidikan berkaitan benih ketam renjong atau “Portunus Pelagicus”. Pengarah I-AQUAS, Prof. Dr. Fatimah Md Yusoff, para penyelidik I-AQUAS, Prof. Dr. Aziz Arshad, Prof. Madya Dr. Murni Marlina Abd Karim dan En. Mohd Fakhrulddin Ismail termasuk staf sokongan adalah kumpulan yang bertanggungjawab di atas usaha pembenihan ini.

I-AQUAS dengan kerjasama bersama Jabatan Perikanan Malaysia bertanggungjawab sebagai pengeluar benih ketam pada peringkat hatcheri manakala F.R.I Gelang Patah ditugaskan untuk mengasuh benih samada di kolam tanah atau di kolam takungan simen.

Harapan I-AQUAS agar berlaku peningkatan hasil dari spesis ini secara terkawal oleh nelayan Kampung Teluk Kemang yang akhirnya mempengaruhi ekonomi nelayan untuk jangka masa panjang.

Aktiviti pelepasan benih ketam renjung yang disediakan I-AQUAS. Foto oleh Jabatan Perikanan Malaysia

Tarikh Input: 28/02/2021 | Kemaskini: 02/03/2021 | nsyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXFTJAv~