15Mei. Sambutan Majlis Mega Hari Raya Aidifitri 2023 | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » 15Mei. Sambutan Majlis Mega Hari Raya Aidifitri 2023

15Mei. Sambutan Majlis Mega Hari Raya Aidifitri 2023

Port Dickson, 15 Mei - Institut Akuakultur Marin dan Sains Air (I-AQUAS) turut mengadakan Majlis Sambutan Mega Hari Raya Aidilfitri 2023 bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) secara serentak melalui 13 kluster Pusat tanggungjawap seluruh UPM di sini pada 10 Mei yang lalu.

Pengarah I-AQUAS, Prof. Dr. Ahmad Zaharin Aris turut menyertai majlis tersebut yang bermula pada pukul 9 pagi di Dewan Mesyuarat, Bangunan Pentadbiran I-AQUAS. Kemeriahan majlis ini diserikan dengan penglibatan semua warga I-AQUAS. Suasana meriah turut sama dirasai di UPM Kampus Serdang, apabila Majlis tersebut turut disertai oleh pelajar antarabangsa yang turut serta memakai pakaian tradisional negara masing-masing dan mula membanjiri lokasi utama di Dewan Besar UPM pada pukul 10 pagi.

Dalam majlis tersebut, Pengarah I-AQUAS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga I-AQUAS dan UPM yang turut menyertai majlis tersebut. Beliau juga berharap agar kegembiraan dan semangat persaudaraan yang diperoleh dari majlis tersebut dapat terus dikekalkan dalam kehidupan seharian.


Majlis ini telah menjadi satu lagi momen yang bermakna bagi semua warga I-AQUAS untuk berkumpul dan beramah mesra dalam semangat Hari Raya Aidilfitri. Majlis ini turut menjadi satu platform yang baik bagi semua warga I-AQUAS untuk mengeratkan hubungan dan memperkukuhkan lagi ikatan persaudaraan di antara mereka.

Tarikh Input: 15/05/2023 | Kemaskini: 16/05/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
WXEZRAi~