Melaka, 12 Januari 2025 – Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjayakan program pelepasan benih udang galah (Macrobrachium rosenbergii) secara besar-besaran di Negeri Melaka. Sebanyak 100,000 benih udang galah telah dilepaskan di Pangkalan Nelayan Jeti Paya Lebar, Lubok China, Masjid Tanah, menandakan permulaan program pelepasan sebanyak 3 juta benih ke 10 sungai di seluruh negeri Melaka dalam tempoh seminggu.
Program ini disempurnakan oleh YB Datuk Wira Hj. Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri; Dato Haji Adnan Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia; dan Encik Saufi Affandi Talib, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Melaka. Turut hadir wakil dari I-AQUAS, UPM serta komuniti setempat.
Program pelepasan benih udang galah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah Program Mengoptimumkan Penggunaan Tanah dengan Kerjasama Kerajaan Negeri di Bawah Program Keterjaminan Makanan Tahun 2024. Ia bertujuan untuk memulihara populasi udang galah, meningkatkan hasil perikanan tempatan, dan menyokong keterjaminan makanan di negeri Melaka.

Tarikh Input: 03/02/2025 | Kemaskini: 04/02/2025 | m_fakhrulddin
