Januari 1, 2025
Tahniah kepada Dr. Chong Chou Min atas kejayaan menerima Geran United Arab Emirates HCT Applied Research Grant sebanyak RM 355,935.00!. Projek yang diketuai oleh beliau bertajuk "Sustainable Aquaculture: Towards Antibiotic-Free Nile Tilapia via GapA Inclusion Bodies as Adjuvanted Oral Vaccine" bertujuan untuk mengembangkan kaedah akuakultur yang lebih lestari dan bebas antibiotik. Inisiatif ini berpotensi besar dalam memajukan industri akuakultur dengan menyediakan penyelesaian inovatif bagi meningkatkan kesihatan ikan tanpa bergantung pada penggunaan antibiotik.Dari pihak iquas, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Chong Chou Min atas pencapaian gemilang ini. Semoga projek ini memberi manfaat yang besar kepada industri akuakultur dan masyarakat secara keseluruhan.
Tarikh Input: 16/01/2025 |
Kemaskini: 20/01/2025 | m_fakhrulddin
PERKONGSIAN MEDIA