Perbandingan saiz anak ikan kelah yang diberi makanan rumusan sisa buah nangka (fed with jackfruit pulp) dan rawatan kawalan (the control)
Isnin, 16 Mac 2020
Oleh : Prof Dr. Fatimah Md Yusoff
Serdang : Kerjasama penyelidikan antarabangsa di antara Universiti Kindai dan Universiti Putra Malaysia menggunakan sisa buah-buahan untuk makanan ikan yang dibiayai oleh Dana JSPS Kakenhi (2018-2019) dan geran penyelidikan Yayasan Toyo Suisan (2019-2020) telah menilai pemakanan dan manfaat ekonomi dalam pengunaan pelbagai sisa buah-buahan tempatan dalam diet yang dirumus untuk ikan kelah (Tor tambroides). Sisa buah-buahan dan produk-lebihan merupakan sumber sebatian yang berpotensi dan berharga termasuk anti-mikrob, anti-oksidan, fitokimia (flavonoid, karotenoid, dan fenolik) serta vitamin penting yang mengandungi ciri nutrisi dan pelbagai fungsi biologi. Kajian menunjukkan bahawa sisa buah-buahan daripada kelapa, nanas, dan nangka berguna untuk meningkatkan kualiti daging ikan dan rasa, biokimia darah, hati dan usus serta imuniti dalam ikan tilapia dan kelah. Hasil kajian seperti gambar di atas adalah contoh yang menunjukkan peningkatan positif dari segi saiz anak ikan kelah. Diharapkan hasil kajian ini dapat digunapakai di dalam negara ke arah memacu pertumbuhan ekonomi penternak dan petani.
Para Penyelidik:
Tarikh Input: 19/03/2020 | Kemaskini: 11/04/2020 | m_fakhrulddin