Mac8. Perkhemahan Tahunan Kor Suksis UTHM, Batu Pahat | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » Mac8. Perkhemahan Tahunan Kor Suksis UTHM, Batu Pahat

Mac8. Perkhemahan Tahunan Kor Suksis UTHM, Batu Pahat

[Mac 8, 2023 | Rabu| I-AQUAS, Port Dickson, Negeri Sembilan]
Disunting oleh: Mr. Fakhrulddin Ismail & Dr. Illisriyani Ismail

Kor SUKSIS, Universiti Tun Hussien On Malaysia (UTHM), Kampus Batu Pahat, Johor, telah mengadakan Perkhemahan tahunan mereka di tapak perkhemahan Insitut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Kampus Port Dickson bermula daripada 5 Mac hingga 9 Mac 2023. Seramai 141 orang kadet turut serta dalam aktiviti perkhemahan dan aktiviti melibatkan keselamatan air telah dijalankan. Kor SUKSIS ialah sebuah badan beruniform polis yang diwujudkan di institusi pengajian tinggi Malaysia bagi memberikan peluang kepada mahasiswa di dalam kampus untuk menjiwai kehidupan sebagai pegawai kanan polis. Setiap mahasiswa yang menyertai Kor SUKSIS akan diberikan status kadet dan diwajibkan menjalani tiga tahun latihan di universiti masing-masing sebelum ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Polis.

 

Tarikh Input: 08/03/2023 | Kemaskini: 31/03/2023 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEeMAP~