Mac: Sesi Interaksi Dan Lawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) Ke I-AQUAS | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» BERITA » Mac: Sesi Interaksi dan Lawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) ke I-AQUAS

Mac: Sesi Interaksi dan Lawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) ke I-AQUAS

Disediakan oleh Mohd Fakhrulddin Ismail

22 Februari 2024, Institut Akuakultur Tropika dan Sains Akuatik (I-AQUAS) telah menerima kunjungan penting daripada Ybhg. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Ybhg. Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi. Dalam sesi interaksi dan lawatan ini, Ybhg. Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi telah berbincang dengan ahli pengurusan I-AQUAS. Mereka membincangkan isu-isu berkaitan penyelidikan dan inovasi dalam bidang akuakultur dan sains akuatik. Selain itu, Ybhg. Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi turut dibawa melihat aktiviti penyelidikan yang sedang berlangsung di Hatcheri. Aktiviti ini memberikan gambaran tentang perkembangan terkini dalam bidang akuakultur dan memberi peluang untuk berinteraksi dengan penyelidik-penyelidik yang berpengalaman.

Tarikh Input: 03/03/2024 | Kemaskini: 03/03/2024 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXERDAd~