Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» MENGENAI KAMI » Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

MOTO EKSA UPM

“Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti“ 

 

Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan UPM termasuklah Sistem Pengurusan ISO, Piagam Pelanggan, Pengurusan Lean, Inovasi Perkhidmatan, Kumpulan Inovatif dan Kreatif dan sebagainya. Seiring dengan usaha-usaha ke arah transformasi perkhidmatan awam, UPM komited memantapkan pengurusan persekitaran tempat kerja ke arah peningkatan imej dan profesionalisme.

EKSA yang telah diperkenalkan mulai Januari 2014 adalah penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam merupakan salah satu inisiatif ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan. Langkah penjenamaan semula ini sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa yang sentiasa menekankan peningkatan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA adalah berteraskan Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) dan ditambah baik dengan penambahan beberapa elemen-elemen baharu iaitu:

  • Imej Korporat;
  • Kreativiti dan Inovasi;Amalan Hijau;
  • Persekitaran Kondusif; dan
  • Kepelbagaian Agensi.

Kemaskini:: 08/09/2022 [nsyahirah]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdNAZ~