Sumber akuatik di Malaysia merupakan khazanah yang bernilai tinggi yang perlu dipelihara bukan sahaja untuk generasi masakini, tetapi untuk generasi masa hadapan. Dengan kepelbagaian spesies yang tinggi dan ekosistem yang unik, sumber akuatik mempunyai potensi yang tidak terbatas dalam pengeluaran produk semulajadi terutamanya untuk kegunaan industri makanan, nutraseutikal, farmaseutikal, perubatan dan akuakultur.