Sumbangan Ekonomi Dan Sikap Terhadap Ikan Hiasan Air Tawar Invasif Di Malaysia | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Sumbangan ekonomi dan sikap terhadap ikan hiasan air tawar invasif di Malaysia

Sumbangan ekonomi dan sikap terhadap ikan hiasan air tawar invasif di Malaysia

Jumaat, 25 Jun 2021

Oleh: Abdulwakil Olawale Saba, Ahmad Ismail, Syaizwan Zahmir Zulkifl

Artikel Disediakan Oleh: Farah Izana Abdullah

 

 

Industri ikan hiasan memberi sumbangan penting kepada perdagangan antarabangsa di banyak negara membangun di mana ikan hiasan dihasilkan. Malaysia adalah antara sepuluh negara teratas di dunia yang menghasilkan ikan hiasan air tawar. Industri ini menjana pertukaran wang asing dan mencipta peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan. Walaupun begitu, kelestarian ekologi dan daya maju ekonomi industri ini memerlukan lebih banyak perhatian. Terdapat bukti bahawa perdagangan ikan hiasan adalah salah satu jalan utama bagi kemasukan dan translokasi spesis ikan invasif. Namun,  informasi mengenai sumbangan industri ikan hiasan invaisif ini terhadap mata pencarian di Malaysia adalah sangat kurang. Oleh itu, satu kajian telah dilakukan untuk menilai sumbangan ikan air tawar invasif terhadap pendapatan pemilik kedai ikan dan sikap mereka terhadap ikan air tawar invasif di Lembah Klang, Malaysia dengan menggunakan kaedah soal selidik berstruktur.

Di Lembah Klang industri ini didominasi oleh ikan invasif yang menyumbangkan 51-100% kepada perniagaan pemilik kedai, sementara 78% pemilik kedai memperoleh pendapatan antara RM 2001 hingga RM 5000 / bulan dengan ikan hiasan invasif menyumbang paling banyak (42%) kepada pendapatan. Menariknya, tahap pendidikan secara langsung mempengaruhi kesedaran alam sekitar terhadap budaya dan penjualan ikan hiasan invasif di Malaysia. Walaupun salah urus ikan hiasan asing dapat memberi pelbagai kesan ekologi negatif, manfaat sosio-ekonomi ikan hiasan invasif juga tidak dapat dinafikan.

Web: 10.7717/peerj.10643

 

Tarikh Input: 01/07/2021 | Kemaskini: 01/07/2021 | m_fakhrulddin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXDcSAx~