Effects Of Microplastics On Whole Body Histology And Protease Activity In Silver Barb Barbodes Gonionotus Fry | INTERNATIONAL INSTITUTE OF AQUACULTURE AND AQUATIC SCIENCES
» ARTICLE » Effects of Microplastics on Whole Body Histology and Protease Activity in Silver Barb Barbodes Gonionotus Fry

Effects of Microplastics on Whole Body Histology and Protease Activity in Silver Barb Barbodes Gonionotus Fry

 

Oleh: Nicholas Romano, Munirah Ashikin, Jun Chin The, Fadhil Syukri  and Ali Karami

Artikel Disediakan Oleh: Farah Izana Abdullah

 

Mikroplastik (MP) boleh menyebabkan bahaya dan boleh membawa kesan toksik kepada organisma akuatik. Kesan buruk terjadi apabila MP menyerap bahan pencemar dari alam sekitar, lalu ditelan oleh ikan, kemudian bahan toksik tersebut dilepaskan ke dalam usus dan akhirnya menyebabkan usus ikan tersumbat. Serpihan MP dalam bentuk polivinil klorida (PVC) adalah yang kedua terbanyak dihasilkan diperingkat global. Sifar keapungan negatif PVC memudahkannya ditelan oleh ikan yang hidup di dasar air seperti Barbodes Gonionotus dan meningkatkan kelaziman PVC dalam sedimen lautan.

Oleh itu, kesan jangka pendek serpihan PVC pada histologi seluruh badan dan juga aktiviti enzim pencernaan trypsin dan chymotrypsin pada B. gonionotus juvenil disiasat. Pengambilan serpihan PVC tidak menyebabkan kerosakan tisu dalaman atau insang, ini mungkin disebabkan oleh permukaan licin serpihan PVC dan kurangnya kehadiran bahan cemar yang dapat dikesan. Namun, ikan terjejas dengan adanya serpihan PVC yang ditelan, ini dibukatikan berdasarkan penebalan usus dan peningkatan aktiviti trypsin / chymotrypsin. Penyelidikan lebih lanjut sangat diperlukan untuk memahami hubungan antara pengambilan PVC dan kesihatan ikan juvenile secara keseluruhan.

Web: https://doi.org/10.1016/j.envpol.2017.11.040

Date of Input: 30/08/2021 | Updated: 30/08/2021 | m_fakhrulddin

MEDIA SHARING

INTERNATIONAL INSTITUTE OF AQUACULTURE AND AQUATIC SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXEaLAO~