Sisa Farmaseutikal Dalam Air Minuman Dari Putrajaya (Malaysia) | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» ARTIKEL » Sisa Farmaseutikal dalam Air Minuman dari Putrajaya (Malaysia)

Sisa Farmaseutikal dalam Air Minuman dari Putrajaya (Malaysia)

Oleh: Sarva Mangala Praveenaa, Maizatul Zahirah Mohd Rashida, Fauzan Adzima Mohd Nasira, Wee Sze Yeeb, Ahmad Zaharin Aris

Artikel Disediakan Oleh: Farah Izana Abdullah

 

Sisa farmaseutikal boleh menimbulkan risiko kesihatan kepada orang ramai. Kehadiran sisa farmaseutikal dalam persekitaran adalah disebabkan oleh pembuangan efluen farmakologi, efluen air kumbahan perbandaran dari isi rumah dan hospital, pelupusan yang tidak sesuai bagi produk farmaseutikal tamat tempoh dan resapan ubat veterinar daripada aktiviti penternakan. Di Malaysia, sebatian farmaseutikal dalam sistem air konvensional tidak disingkirkan secara sepenuhnya. Ini menyebabkan air minuman yang dibekalkan kepada orang ramai mengadungi sisa farmaseutikal. Sisa farmaseutikal juga dikenali sebagai sebatian gangguan endokrin (EDC) yang boleh mengganggu hormon pada mana-mana peringkat perkembangan manusia dan boleh mengganggu kesan morfologi dan fungsi dalam sistem manusia, seperti ketidaksuburan serta perkembangan pranatal dan kanak-kanak yang tidak normal. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk mengesan sisa-sisa farmaseutikal seperti amoksisilin, kafein, chloramphenicol, ciprofloxacin, dexamethasone, diclofenac, nitrofurazone, sulfamethoxazole, dan kehadiran triclosan dalam air minuman dari kawasan perumahan skitar Putrajaya (Malaysia). Kajian mendapati kehadiran sisa farmaseutikal dengan kepekatan sehingga 0.38 ng/L, kafein mencatatkan kepekatan tertinggi (0.38 ng/L) manakala diclofenac mencatatkan kepekatan terendah (0.14 ng/L). Secara keseluruhannya, kepekatan sisa farmaseutikal dalam kajian ini didapati lebih rendah, berbanding kajian serupa sebelum ini yang melibatkan air minuman di seluruh dunia serta mempunyai potensi bahaya kesihatan yang rendah untuk semua kumpulan umur.

Web: https://doi.org/10.1016/j.ecoenv.2019.05.051

 

Tarikh Input: 30/11/2021 | Kemaskini: 30/11/2021 | nsyahirah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXDdGAi~