Bioteknologi Akuakultur (AkuaLab) | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» SISWAZAH » Bidang Pengajian Baharu » Bioteknologi Akuakultur (AkuaLab)

Bioteknologi Akuakultur (AkuaLab)

Bidang bioteknologi akuakultur merupakan salah satu komponen yang penting dalam industri akuakultur.  Ia berkaitan dengan penggunaan teknik dan alat bioteknologi terkini dalam meningkatkan hasil tumbuhan dan haiwan akuatik.  Bioteknologi menyediakan alat yang berkuasa untuk pembangunan akuakultur yang lestari, perikanan, serta industri makanan. Peningkatan permintaan masyarakat terhadap makanan laut dan penurunan sumber akuatik semulajadi telah menggalakkan saintis mengkaji cara bioteknologi yang dapat meningkatkan pengeluaran produk makanan laut, dan menjadikan akuakultur sebagai bidang penyelidikan haiwan yang semakin berkembang.

 

Bidang ini memberi fokus kepada kajian penggunaan teknologi dalam pengurusan tumbuhan dan haiwan akuatik yang lebih baik.  Pembangunan protokol, proses dan teknik serta produk baharu berasaskan bioteknologi dengan menggunakan sumber akuakultur akan diberi penekanan.  Bioteknologi moden banyak menyumbang dan menimbulkan cabaran penting kepada pembangunan akuakultur.  Bioteknologi moden harus digunakan sebagai tambahan dan bukan sebagai pengganti untuk teknologi konvensional dalam menyelesaikan masalah, dan aplikasi mereka harus berasaskan keperluan dan bukannya berasaskan teknologi.  Penggunaan bioteknologi moden untuk meningkatkan pengeluaran spesis akuatik berpotensi besar bukan hanya untuk memenuhi permintaan tetapi juga untuk meningkatkan aktiviti akuakultur. Pengubahsuaian teknik dalam bioteknologi juga berpotensi besar untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti ikan yang dikultur.

Kemaskini:: 10/04/2020 [m_fakhrulddin]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXDdOAl~