Marikultur (AkuaLab) | INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
» SISWAZAH » Bidang Pengajian Baharu » Marikultur (AkuaLab)

Marikultur (AkuaLab)

Marikultur

Marikultur adalah penternakan tumbuhan dan haiwan akuatik marin.  Ia adalah cabang khusus akuakultur yang melibatkan penternakan organisma marin untuk makanan dan produk lain yang melibatkan seksyen lautan terbuka atau tertutup, di dalam tangki, kolam atau raceways yang dipenuhi dengan air laut.  Kategori utama spesies marikultur adalah rumpai laut, moluska, krustasea dan ikan. Marikultur mempunyai kelebihan berbanding penternakan secara tradisional.  Memandangkan ikan disimpan dalam persekitaran yang terkawal, ianya lebih mudah dari segi penjagaan dan kawalan hasil.  Selain itu penuaian adalah lebih mudah dan kualitinya konsisten, kos lebih rendah dan keuntungan yang lebih tinggi.

 

Bidang ini mempunyai nilai tambah yang besar dan mendapat permintaan yang tinggi dalam komuniti dan masyarakat.  Bidang ini akan menekankan kepada teknik pembenihan organisma marin terutama spesies yang bernilai tinggi, pengkulturan tumbuhan marin, cara penjagaan organisma marin, teknologi terkini dalam penternakan dan teknik penghasilan yang lestari. Selain itu, konsep biosekuriti dan isu semasa dalam bidang ini seperti penggunaan bahan kimia terlarang dan antibiotik serta lain-lain isu juga akan ditekankan.

 

Kemaskini:: 10/04/2020 [m_fakhrulddin]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT ANTARABANGSA AKUAKULTUR DAN SAINS AKUATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8100
03-9769 8953
SXETOAn~